Khamis, 31 Januari 2013

Kandungan aiwaneasy

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entri di dalam blog saya yang tidak seberapa ini. 

Blog ai wan easy ini merupakan blog yang memuatkan entri-entri berkaitan :

1. Assignment yang dikumpulkan sejak saya menjejakkan kaki ke Institut Pengajian Tinggi sehingga tamat di peringkat Ijazah Sarjana dalam jurusan pendidikan. Assignment yang dikumpulkan adalah hasil tulisan saya dan yang berlabel 'Pena Sahabat' adalah hasil kerja bersama rakan.

2. Tips, Panduan dan Membantu untuk menyediakan hasil Assignment yang mantap dan lengkap. Juga, lain-lain panduan untuk pelajar sekolah dalam menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.

3. Berkongsi Sejarah dan Pengalaman sebagai seorang anak, ibu, isteri, guru dan penasihat pendidikan.

Maka, blog ai wan easy ini adalah untuk berkongsi ilmu dan panduan kepada pelajar untuk manfaat di semua peringkat lapisan masyarakat.

Justeru, sebelum perkara yang tidak diingini berlaku, saya ingin memohon maaf jika entri di dalam blog saya ini menyentuh mana-mana sensitiviti pembaca. Saya hanya manusia biasa yang ingin berkongsi dan belajar bersama anda semua.

Dengan niat baik ingin memberi kemudahan dan bantuan, saya berharap blog ini akan sentiasa mendapat sokongan dari semua pihak. Siapa pun anda, kita semua sama sahaja 'manusia yang dahagakan ilmu'. 

Terima kasih.
#cikgu anim